Input your search keywords and press Enter.

Penutupan ‘The Beach’ dilanjut hingga 2021

(FILES) In this file photo taken on April 09, 2018 tourists get off a speedboat onto Maya Bay, on the southern Thai island of Koh Phi Phi. – The closure of the glittering Thai bay immortalised in the movie “The Beach” has been extended for another two years to allow a full recovery of its corals and wildlife, said an official May 9, drawing a sharp rebuke from the tourism industry. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

M Update, 09/05/2019 –  Penutupan teluk Thailand yang popular menerusi filem ‘The Beach’ dilanjutkan dua tahun lagi bagi membolehkan usaha memulihkan sepenuhnya karang dan hidupan liar, kata pegawai hari ini, mengundang kritikan keras industri pelancongan.

Teluk Maya, yang dikelilingi tebing di pulau Ko Phi Phi Ley dan laut biru, terkenal apabila dipaparkan dalam filem lakonan aktor Leonardo DiCaprio pada 2000.

Ia ditutup Jun tahun lalu oleh pihak berkuasa Thailand disebabkan kebimbangan pantai itu berhadapan tekanan ribuan pelancong yang tiba dengan bot setiap hari.

Pihak berkuasa pada awalnya berkata, pantai itu yang menarik kunjungan lebih 38 juta pelancong itu, akan ditutup selama empat bulan tetapi pembukaannya berulang kali ditangguhkan.

Penasihat Jabatan Taman Negara, Thon Thamrongnawasawat, berkata larangan ke atas pelancong akan dilanjutkan sehingga pertengahan 2021.

“Resolusi yang dibuat semalam adalah melanjutkan penutupan Teluk Maya selama dua tahun lagi bagi membolehkan ekologi pulih sepenuhnya,” katanya.

Selepas dibuka semula, langkah seperti mengehadkan bilangan pelancong harian dan larangan bot diparkir dalam perairan teluk itu akan digubal, kata Thon.

Sebelum penutupan Teluk Maya, sehingga 5,000 pelancong tiba sehari, menyebabkan pokok dan tumbuhan kecil ditumbangkan, hakisan tanah dan merosakkan karang di teluk itu. — AFP

Leave a Reply