Input your search keywords and press Enter.

Kelantan Beri Bonus RM500 Pada Kakitangan

M Update, 21/5/2019 – Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus khas sempena Aidilfitri berjumlah RM500 kepada kakitangan awam di negeri itu.

Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata, bonus berjumlah RM3.3 juta itu akan diberikan kepada lebih 6,000 penjawat awamnya sebelum sambutan Aidilfitri.

Kita bayar sebagaimana negeri lain, cuma pada tahun ini sama seperti tahun lalu iaitu RM500 yang membabitkan peruntukan RM3.3 juta. Pembayaran bonus akan dibuat sebelum raya,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim, hari ini. – HM Online

Leave a Reply