Input your search keywords and press Enter.

Modi menang besar, Israel paling awal ucap tahniah

M Update, 23/05/2019 – Perdana Menteri India, Narendra Modi menang besar dalam pilihan raya, semalam dan dijangka menambah majoriti parlimen.

Kemenangan itu dijangka memberikan parti beliau mandat untuk melaksanakan dasar mesra perniagaan yang mengutamakan penduduk Hindu selain mengambil pendekatan tegas terhadap isu keselamatan negara.

Data rasmi suruhanjaya pilihan raya India menunjukkan parti nasionalis Hindu Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) mendahului di 298 kerusi daripada 542 kerusi dipertandingkan, ia lebih tinggi berbanding 282 kerusi yang dimenanginya pada 2014 dan lebih 272 kerusi diperlukan untuk meraih majoriti dalam dewan rendah parlimen

Dalam pada itu, parti pembangkang utama, Parti Kongres mendahului di 52 kerusi, menurut data itu lagi.

Menteri Luar India yang juga pemimpin kanan BJP, Sushma Swaraj berkata, parti itu menang besar sementara seorang pemimpin kanan parti Kongres, Amarinder Singh berkata, parti terbabit sudah kalah merebut kuasa.

Sekutu India termasuk Sri Lanka dan Israel mengucapkan tahniah kepada Modi yang dijangka bertemu pekerja parti pada jam 5.30 petang waktu tempatan, hari ini. – Reuters

Leave a Reply