Input your search keywords and press Enter.

Pentagon timbang hantar 5,000 askar tambahan ke Asia Barat

M Update, 23/05/2019 – Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menimbang permohonan untuk menghantar kira-kira 5,000 anggota tentera tambahan ke Asia Barat di tengah ketegangan meningkat dengan Iran, kata dua pegawai negara itu kepada Reuters, semalam.

Bulan ini, kedua-dua negara meningkatkan retorik antara satu sama lain, susulan keputusan Presiden Donald Trump untuk cuba memutuskan eksport minyak Tehran kepada sifar dan menambah kehadiran tentera negara itu di Teluk sebagai maklum balas apa yang disifatkan ancaman Iran.

Pegawai terbabit yang enggan dikenali berkata, permohonan itu dibuat oleh Pusat Arahan AS, namun menambah, tidak jelas jika Pentagon akan meluluskannya.

Pentagon kerap menerima dan menolak permohonan tambahan sumber daripada pusat arahan tempur AS di seluruh dunia.

Seorang daripada pegawai berkata, permohonan tambahan anggota itu adalah untuk tujuan pertahanan.

Tidak jelas jika sebarang permohonan khusus pada akhirnya dikemukakan kepada Rumah Putih. Permohonan tambahan 5,000 anggota itu kali pertama dilaporkan Reuters.

Jelasnya, ini adalah permohonan terbaharu untuk tambahan sumber terhadap apa yang dikatakan pegawai AS ancaman dipercayai daripada Iran terhadap tentera dan kepentingan AS di Asia Barat. -Reuters

Leave a Reply