Input your search keywords and press Enter.

Indonesia larang guna Boeing 737 MAX 8 sempena Aidilfitri

M Update, 27/05/2019 – Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi, berkata pesawat Boeing 737 MAX 8 kekal diharamkan dan tidak boleh beroperasi membawa penumpang sepanjang cuti Hari Raya ini.

“Boeing 737 MAX 8 tidak dibenarkan tebang, walaupun pasti berhadapan kemuncak penerbangan menjelang dan selepas Aidilfitri,” katanya kepada wartawan di Tangerang semalam.

Syarikat penerbangan diarah tidak membenarkan Boeing 737 MAX 8 beroperasi sebelum, ketika dan selepas sambutan Hari Raya.

Larangan itu kekal sah sehingga siasatan akhir mengenai pesawat itu itu selesai, katanya, menambah pengharaman dibuat atas dasar keselamatan.

Indonesia, secara rasmi mendapatkan nasihat selanjutnya daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengenai siasatan menyeluruh Boeing 737 MAX 8 susulan nahas Ethiopian Airlines pada 10 Mac 2019, mengorbankan semua 157 penumpang dan anak kapal.

“Kami menghantar surat pada 12 Mac lalu, meminta nasihat FAA kerana Indonesia adalah antara negara yang mempunyai banyak Boeing 737 MAX 8,” kata Pengarah Pengangkutan Udara Genera Kementerian Pengangkutan, Polana B Pramesti, Mac lalu. — Agensi

Leave a Reply