Input your search keywords and press Enter.

2019 Hibah Tabung Haji Dijangka Meningkat

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, berkata Lembaga Tabung Haji (TH) mampu memberi pulangan hibah yang lebih baik untuk tahun ini berbanding kadar 1.25% yang diberikan kepada pendeposit tahun lalu apabila pengurusan dana haji itu memberangsangkan pada suku pertama dan kedua dijangka lebih baik tahun ini.

Katanya, pendapatan TH dijangka terus meningkat mulai suku kedua dengan penerbitan sukuk oleh syarikat tujuan khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang akan memberi pulangan hampir RM800 juta setahun yang dijangka diterbitkan sebelum akhir bulan ini.

Pada suku kedua nanti, TH dijangka akan mencatat prestasi lebih baik daripda suku pertama kerana kita akan menerima sukuk yang diterbitkan daripada SPV sebanyak RM800 juta pada 31 Mei ini dan TH engharapkan sukuk ini akan diterbitkan seperti yang dijangka dan buat masa ini merasakan ia boleh dicapai sebelum berakhir bulan ini.

TH merekodkan keuntungan bersih berjumlah RM440 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019. Ia turut merekodkan pendapatan berjumlah RM623 juta bagi tempoh dikaji dan jumlah asetnya juga melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM1.2 bilion.

Leave a Reply