Input your search keywords and press Enter.

Lelaki ditahan selepas tikam 19 mangsa di Tokyo

M Update, 28/05/2019 – Sekurang-kurangnya 19 mangsa, termasuk kanak-kanak disahkan cedera akibat ditikam dalam satu serangan di bandar Kawasaki, di selatan Jepun, hari ini.

“Seorang lelaki menikam mereka. Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 7.44 pagi (waktu tempatan) yang melaporkan bahawa empat murid sekolah rendah ditikam,” kata jurucakap Jabatan Bomba Kawasaki kepada AFP.

Susulan itu, polis berkata, seorang suspek lelaki dipercayai dalam lingkungan usia 40-an hingga 50-an berjaya ditahan, selepas menyerang mangsa di sebuah perhentian bas.

Stesen penyiaran NHK melaporkan, suspek itu yang turut menikam bahunya sendiri, mengalami kecederaan yang serius.

Menurut NHK, dua bilah pisau berjaya ditemui di lokasi kejadian, namun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

“Serangan berlaku di sebuah taman tidak jauh dari stesen kereta api tempatan,” lapor media tempatan.

Sementara itu, rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan menunjukkan beberapa kereta polis, ambulans dan jentera bomba berada di lokasi insiden.

Pada masa sama, khemah turut didirikan bagi membolehkan pasukan perubatan merawat mangsa yang cedera. – AFP

Leave a Reply