Input your search keywords and press Enter.

KTMB Tambah Perkhidmatan ETS Balik Raya

M Update, 28/5/2019 – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menambah dua lagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar bagi menampung permintaan tinggi sempena cuti hari raya Aidilfitri ini.

KTMB dalam satu kenyataan, berkata pertambahan dua jajaran tren itu adalah bagi perjalanan yang akan dibuat di antara 1 hingga 4 Jun serta di antara 7 hingga 10 Jun nanti.

Tiket bagi kedua-dua perjalanan itu akan dijual mulai 10.00 pagi hari ini. Ia boleh dibeli melalui kaunter tiket KTMB atau secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my.

Maklumat lanjut juga boleh didapati menerusi KTM Berhad (Facebook), @ktm_berhad (Twitter) dan @ktmbofficial (Instagram) ataupun hubungi terus Pusat Panggilan 24 jam KTMB di 03-22671200,” kata KTMB dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi. – BH Online

Leave a Reply