Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Hantar Balik 60 Kontena Sisa Sampah Haram

M Update, 28/5/2019 – Malaysia akan menghantar semula sisa sampah ke negara-negara yang bertanggungjawab menyeludup masuk bahan terbuang itu secara haram ke sini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin berkata, sebanyak 450 tan metrik sisa sampah dari 10 kontena akan dihantar semula dalam masa terdekat ke Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Jepun, China dan Bangladesh.

Jumlah10 kontena yang mengandungi 450 tan metrik sampah akan dihantar semula ke negara asal serta-merta. Hari ini satu notis telah dikeluarkan kepada syarikat pengimport yang bertanggungjawab untuk mereka menghantar ke semua kontena ini ke negara asal dalam masa 14 hari seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,” katanya pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan kontena di Westports Malaysia Sdn Bhd, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan sebelum ini mendapati terdapat sebuah syarikat kitar semula yang beroperasi di United Kingdom telah menyeludup masuk sisi sampah ke negara ini sejak dua tahun lalu. Dalam tempoh dua tahun ini satu syarikat ini telah membawa masuk sebanyak 10,000 kontena mengandungi 50,000 tan metrik sisa plastik,” katanya. Beliau menyifatkan rakyat tempatan yang mendalangi kegiatan penyeludupan sisa sampah ke negara ini sebagai pengkhianat.

Kita akan terus bekerja keras memastikan kegiatan ini tidak terus berlaku kerana Malaysia bukanlah tempat pembuangan sampah dunia. Walaupun Malaysia negara yang kecil, tapi kita tidak boleh dibuli oleh negara-negara maju yang lain dan perkara ini sangat tidak adil,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, kerajaan menghentikan sepenuhnya pengeluaran lesen import (AP) sampah plastik. Media sebelum ini melaporkan gesaan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik supaya kerajaan mengharamkan sepenuhnya import sampah plastik untuk dikitar semula di negara ini bagi mengelak kesan buruk kepada kesihatan awam dan alam sekitar. – SH Online

Leave a Reply