Input your search keywords and press Enter.

Ahli silap mata India hilang, cuba aksi Harry Houdini

M Update, 18/06/2019 –  Seorang ahli silap mata India dikhuatiri mati selepas mencuba aksi terkenal dan berbahaya mendiang Harry Houdini dengan mengikat kaki dan tangan sebelum terjun ke sungai.

Chanchal Lahiri sepatutnya melepaskan diri dan berenang ke tebing namun masih tidak timbul dari sungai Hooghly di barat negeri Bengal.

Lahiri yang turut dikenali sebagai Mandrake diturunkan ke dalam sungai menggunakan bot.

Ahli silap mata itu diikat menggunakan rantai berserta enam kunci sambil diperhatikan penonton di atas dua bot dan di sepanjang jambatan Howrah di Kolkata.

Polis dan pasukan penyelam melancarkan operasi mencari dan menyelamat di lokasi terbabit namun gagal mengesan Lahiri.

Seorang pegawai polis memberitahu Hindustan Times, Lahiri tidak boleh disahkan mati selagi mayatnya tidak ditemui.

Ini bukan kali pertama Lahiri cuba mempamerkan aksi berbahaya. 20 tahun lalu, beliau pernah diturunkan ke dalam sungai yang sama menggunakan kotak kaca, namun berjaya keluar dengan selamat. – Agensi

Leave a Reply