Input your search keywords and press Enter.

MH17: Russia bidas tuduhan tidak berasas penyiasat

M Update, 20/06/2019 – Russia membidas ‘tuduhan tidak berasas’ oleh penyiasat antarabangsa selepas menamakan empat suspek, termasuk warga dari negara itu yang didakwa menembak jatuh pesawat pesawat MH17 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di timur Ukraine pada 2014.

“Sekali lagi, tuduhan tidak berasas dilontar ke arah Russia bertujuan memburukkan imej Russia di mata komuniti antarabangsa,” kata Kementerian Luar Russia menerusi kenyataan dalam laman webnya.

Dalam kenyataan itu, Moscow berkata pihaknya bersedia untuk menyediakan ‘bantuan sepenuhnya kepada siasatan’ dari hari pertama, tetapi ditolak keluar daripada siasatan.

Kementerian luar berkata, penyiasat mengabaikan maklumat yang diberikan oleh pihak Russia.

Sekian lama Moscow menafikan semua pembabitan dalam menembak jatuh pesawat itu.

“Anda tahu sikap kami terhadap siasatan ini. Russia tidak mempunyai peluang untuk menyertai siasatan itu walaupun ia menunjukkan inisiatif sejak hari pertama nahas berlaku,” kata jurucakap Presiden Vladimir Putin iaitu Dmitry Peskov yang memberitahu wartawan, hari ini. -AFP

Leave a Reply