M Update, 25/6/2019 – Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera di kaki kanan selepas digigit anjing peliharaan milik seorang lelaki ketika menjalankan operasi di Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam
Mangsa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran M Visharani berkata, ketika kejadian dia bersama kakitangan lain sedang melakukan pemeriksaan di sebuah rumah susulan aduan awam berhubung barangan terpakai di kediaman berkenaan. Ketika tiba di lokasi, saya meminta pemilik rumah bekerjasama bagi menyiasat berhubung aduan, namun dia enggan memberikan kerjasama.
Saya kemudian ingin beredar, namun secara tiba-tiba anjing yang tidak berantai yang berada di dalam rumah berkenaan mengejar sebelum menerkam saya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. Menurutnya, selepas kejadian dia terus menaiki van dan mendapati kaki kanannya luka teruk akibat digigit anjing berkenaan. Saya kemudian mendapatkan rawatan di Klinik DBKL dan kini dalam keadaan stabil,” katanya.
Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Datin Dr Noor Akma Shabuddin berkata, siasatan mendapati anjing berkenaan sebelum ini sudah beberapa kali menyerang pekerja syarikat Alam Flora. DBKL kemudian mengambil tindakan dengan menyita anjing terbabit untuk melihat simptom berkaitan rabies dan akan dipertimbangkan untuk pelupusan bagi tujuan kajian pengesahan penyakit rabies.
Sepatutnya mengeluarkan kompaun ke atas pemilik premis, namun atas faktor pemilik warga emas dan mengalami masalah mental tindakan penyitaan terhadap anjing sahaja dilakukan,” katanya. – HM Online