Input your search keywords and press Enter.

Kod Etika Wartawan Malaysia Versi Baru

M Update, 20/02/2024 – Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini adalah sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini oleh rakyat.

Kod Etika Wartawan Malaysia merupakan versi baharu untuk gantikan kod etika yang diguna pakai sejak 35 tahun lalu

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) meneliti semula Kod Etika Kewartawanan Malaysia 1989 agar sesuai dengan keadaan semasa negara, akan digunakan bermula tahun ini.

Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi. 

Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.