Input your search keywords and press Enter.

Remaja perempuan dirogol 4 sepupu, guru kerana pandai

M Update, 03/07/2019 – Seorang remaja perempuan 16 tahun dirogol empat sepupu dan seorang gurunya kerana cemburu dengan kecemerlangan mangsa dalam pelajaran.

Empat lelaki terbabit menjemput mangsa untuk makan tengah hari bersama ketika waktu rehat di Sitapur, Uttar Pradesh.

Mereka mencampurkan dadah ke dalam makanan remaja itu sebelum merogol mangsa bergilir-gilir.

Seorang guru turut terbabit dalam jenayah yang dilakukan dalam bilik kakitangan sekolah itu.

Mereka merakamkan serangan dan mengedarkan ia kepada keluarga menerusi aplikasi WhatsApp Jumaat lalu.

Ibu bapa mangsa melaporkan jenayah itu yang membawa kepada penangkapan seorang daripada sepupu remaja berkenaan.

Superintenden Polis, Madhuvan Kumar Singh, berkata: “Sebaik gadis itu diberi dadah, sepupunya dan seorang guru merogolnya bergilir-gilir manakala seorang daripada mereka merakamkan perbuatan itu di telefon bimbit.”

Siasatan awal menunjukkan sepupu mangsa cemburu dengan kecemerlangannya dan berasa dihina keluarga masing-masing. — Agensi

Leave a Reply