Input your search keywords and press Enter.

KPKT : Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Tangani Pencemaran Udara

M Update, 4/7/2019 – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah pencemaran udara di Pasir Gudang, Johor.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata jawatankuasa khas itu akan mengatasi isu pencemaran termasuk membanteras kilang yang terbabit dalam tempoh enam bulan.

“Saya sudah bertemu Menteri Besar Johor (Dr Sahruddin Jamal) semalam dan meminta untuk membentuk satu pasukan petugas khas yang akan menyelaras pihak yang terbabit dalam isu ini. Selain pembabitan Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan, ia turut membabitkan pejabat tanah kerana mereka ada kuasa untuk merampas balik tanah serta menutup kilang terbabit. Ini kerana, ada tanah kilang itu yang disewakan pemilik tanah,” katanya.

Leave a Reply