Input your search keywords and press Enter.

Dewan Rakyat Lulus RUU Perhimpunan Aman

M Update, 5/7/2019 – Dewan Rakyat petang semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman (Pindaan) 2019, antaranya bagi memansuhkan kesalahan berkaitan protes jalanan.

RUU itu diluluskan dengan pindaan pada peringkat Jawatankuasa, iaitu Fasal 4, bertujuan meminda Seksyen 9 Akta 736 untuk memendekkan tempoh pemberitahuan bagi suatu perhimpunan daripada tujuh kepada lima hari. Sebelum itu, tarikh pindaan dicadangkan ialah daripada 10 kepada tujuh hari, namun dipinda semula.

RUU dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibahaskan hampir lima jam oleh 24 Ahli Parlimen mewakili kerajaan dan blok pembangkang. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, mengumumkan RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga dan tanpa bantahan Ahli Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata, RUU itu mengandungi sembilan Fasal, termasuk Seksyen 3, 4 dan 21 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bagi memansuhkan kesalahan protes jalanan. Ini bermakna perbuatan itu tidak lagi menjadi kesalahan bawah akta berkenaan.

Leave a Reply