Input your search keywords and press Enter.

Banjir Melaka : Dua Sekolah Ditutup Hari Ini

M Update, 8/7/2019 – Sesi pembelajaran di dua sekolah di negeri Melaka terpaksa ditangguhkan hari ini berikutan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari, berkata, dua sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Krubong di daerah Melaka Tengah dan SK Belimbing Dalam di daerah Alor Gajah.Katanya, penutupan kedua-dua sekolah kerana bangunannya digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir selain jumlah pelajar yang terjejas adalah tinggi. Jumlah yang terjejas di SK Krubong adalah 1,236 murid dan 71 guru manakala di SK Belimbing Dalam seramai 484 murid dan 40 guru.

Bagaimanapun, hanya murid sahaja dibenarkan tidak bersekolah manakala guru yang tidak terbabit dengan banjir diminta hadir seperti biasa,” katanya dalam kenyataannya di sini. Abu Bakar berkata, sebuah lagi sekolah di Alor Gajah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan turut digunakan sebagai PPS dan menempatkan 122 mangsa daripada 34 keluarga. Bagaimanapun, katanya, sesi persekolahan bagi semua pelajar dan guru sekolah berkenaan berjalan seperti biasa.

Malam tadi, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali dilaporkan berkata, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di dua daerah berkenaan terus meningkat kepada 1,149 orang setakat jam 8 malam tadi.

Leave a Reply