Input your search keywords and press Enter.

Elak Tertipu Dengan Peniaga ‘PM Tepi’

M Update, 11/7/2019 – Rata-rata peniaga secara dalam talian kini lebih suka menggunkan istilah ‘PM Tepi’ ini bagi menarik perhatian pembeli supaya bertanya lebih lanjut mengenai produk mereka. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati membeli produk dan perkhidmatan secara dalam talian yang ditawarkan peniaga tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menggunakan kaedah ‘PM Tepi’ bagi mengelak tertipu.

“Saya menasihati pengguna supaya selidik dan pastikan peniaga menawarkan barangan dan perkhidmatan menerusi laman yang betul-betul wujud.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata peniaga terbabit didapati menggunakan semua platform media sosial untuk menjalankan perniagaan masing-masing.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dengan platform e-dagang seperti Shopee, Lelong dan Lazada kerana semuanya beroperasi secara sah. Sebaliknya, peniaga jenis ‘PM Tepi’ perlu diberikan perhatian kerana mereka menggunakan semua platform media sosial untuk berniaga dan dikhuatiri pelanggan akan tertipu dengan tawaran diberikan,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata peniaga berdaftar di bawah BizTrust menerusi SSM diyakini tidak akan melakukan penipuan dan pelanggan boleh menjalankan urus niaga dengan penuh keyakinan. SSM bertanggungjawab untuk memastikan syarikat berdaftar tidak akan memperdayakan pelanggan dalam talian,” katanya.

Leave a Reply