Input your search keywords and press Enter.

37,000 jemaah tiba di Arab Saudi guna inisiatif ‘Makkah Route’

M Update, 15/07/2019 –  Hampir 37,000 jemaah haji dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia tiba di Arab Saudi menaiki 90 penerbangan antara 4 hingga 11 Julai lalu menggunakan inisitiaf Makkah Route, umum Direktorat Umum Pasport negara pentadbiran diraja itu.

“Sebanyak 33 penerbangan membawa 13,317 jemaah tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah, sementara 57 penerbangan membawa 23,427 jemaah tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammed bin Abdul Aziz di Madinah,” kata direktorat berkenaan ketika 36,744 jemaah haji direkodkan tiba di pentadbiran diraja berkenaan dalam tempoh itu.

Jemaah menerima sambutan mesra daripada semua badan yang mengambil bahagian dalam inisiatif itu sebaik mereka meninggalkan negara asal sehingga tiba di penempatan sama ada di Makkah atau Madinah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) menerusi Arab News.

Inisiatif Makkah Route dijangka menerima lebih 225,000 jemaah dari lapangan terbang di Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Tunisia.

Perkhidmatan itu termasuk pengeluaran visa, pematuhan syarat kesihatan dan kod serta pengurusan bagasi di lapangan terbang negara asal jemaah.

Ia membolehkan mereka melepasi prosedur ketibaan di Arab Saudi dan terus menaiki bas yang tersedia untuk membawa mereka ke penempatan di Makkah dan Madinah.

Pihak berkuasa perkhidmatan kemudian menghantar bagasi jemaah ke penempatan mereka di bandar suci berkenaan.

Inisiatif itu menyasar memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah yang menggunakan perkhidmatan visa haji elektronik dengan memudahkan proses kemasukan ke negara pentadbiran diraja dari negara asal. -Agensi

Leave a Reply