Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
4 kanak-kanak Australia curi kenderaan, pandu sejauh 1,000 km - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

4 kanak-kanak Australia curi kenderaan, pandu sejauh 1,000 km

M Update, 15/07/2019 – Empat kanak-kanak mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum memandu sejauh 1,000 kilometer di kawasan Outback Australia sebelum ditahan polis, kata pihak berkuasa hari ini.

Polis berkata, keempat-empat mereka terdiri daripada remaja lelaki 14 tahun, dua budak lelaki 13 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun memulakan perjalanan epik mereka kelmarin apabila mencuri wang tunai bersama joran dalam sebuah kenderaan milik anggota keluarga di bandar tepi laut Rockhampton di Queensland.

Seorang daripada mereka meninggalkan nota kepada keluarganya, memaklumkan rancangan mereka.

Polis Queensland berkata, kenderaan itu dikesan awal pagi semalam di bandar Outback, Banana, di mana mereka didakwa mencuri petrol sebelum meneruskan perjalanan ke selatan.

Kenderaan itu ditemui malam semalam berhampiran Grafton, di negeri jiran New South Wales (NSW), sejauh 11 jam perjalanan dari Rockhampton.

Polis NSW berkata, pegawai terpaksa menggunakan pengumpil untuk membuka kenderaan itu selepas kanak-kanak terbabit enggan keluar.

“Mereka mengunci diri dalam kenderaan dan polis terpaksa menggunakan pengumpil untuk menahan mereka,” kata pemangku inspektor daerah Coffs-Clarence, Darren William kepada media.

Tidak jelas kanak-kanak mana yang memandu, namun Williams berkata, kemungkinan mereka bergilir-gilir.

“Ia adalah perjalanan panjang, melebihi 1,000 kilometer dari bandar Rockhampton ke Grafton. Saya tidak dapat bayangkan hanya seorang memandu ke arah itu dalam tempoh dua hari,” katanya.

Williams berkata, polis juga menyiasat beberapa dakwaan kesalahan dilakukan sepanjang perjalanan.

Katanya, tidak jelas apa yang menyebabkan mereka melakukan perjalanan itu, namun seorang daripada budak lelaki terbabit berasal dari Grafton. -AFP

Leave a Reply