Input your search keywords and press Enter.

125kg tanduk badak disorok dalam plaster

M Update, 29/07/2019 – Pihak berkuasa Vietnam merampas sebanyak 55 tanduk badak yang disorok dalam balutan plaster di Lapangan Terbang Noi Bai, Hanoi, Khamis lalu.

Pihak berkuasa dalam kenyataan hari ini berkata, tanduk seberat 125 kilogram itu ditemui selepas satu bungkusan menimbulkan keraguan polis.

Jurucakap keselamatan lapangan terbang memberitahu AFP, bungkusan dari Afrika itu mengambil masa setengah hari untuk dibuka.

Pada hari sama, polis turut menahan tiga individu yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan haiwan liar susulan penemuan tujuh bangkai beku harimau dalam sebuah kenderaan.

Tanduk badak mempunyai nilai tinggi dan satu kilogram boleh mencecah sehingga AS$ 60,000 (RM247,140).

Ia mendapat permintaan tinggi di Vietnam kerana dikatakan boleh mengubati penyakit dan melegakan mabuk.

Leave a Reply