M Update, 31/07/2019 – Dua orang maut dan seorang anggota polis cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di dalam di pasar raya Walmart di Mississippi, awal semalam.
Jurucakap polis, Bill Rasco memberitahu akhbar Commercial Appeal, suspek berjaya ditembak dan cedera dalam kejadian itu.
Katanya, dua orang yang maut dipercayai pekerja pasar raya itu dan suspek dipercayai bekas pekerja pasar raya berkenaan.
Tambahnya, suspek dan pegawai polis yang cedera dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang pekerja Walmart memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa suspek bekerja di pasar raya itu hampir 25 tahun sebelum dia dipecat baru-baru ini.