Input your search keywords and press Enter.

Guna selimut selamatkan budak 3 tahun

M Update, 01/08/2019 – Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang tergantung dari balkoni tingkat enam sebuah pangsapuri di Chongqing terselamat selepas terjatuh ke atas selimut yang dibentangkan beberapa penduduk.

Rakaman video kejadian kelmarin memaparkan kanak-kanak lelaki itu berpaut dan cuba memanjat masuk ke dalam balkoni, namun kakinya beberapa kali tergelincir.

Selepas seketika, kanak-kanak itu melepaskan tangannya dan terjatuh ke atas selimut putih besar yang dibentangkan penduduk di bawah bangunan berkenaan.

Stesen televisyen CCTV melaporkan, kanak-kanak terbabit tidak cedera.

Polis berkata ketika kejadian, kanak-kanak itu seorang diri di rumah dan neneknya ke kedai untuk membeli barang dapur.

Leave a Reply