Input your search keywords and press Enter.

Ditahan Kerana Buat Teater Nafsu Songsang

M Update, 06/08/2019 –  Empat pelakon lelaki dibebaskan hari ini selepas ditahan selama 24 jam kerana terbabit dalam pementasan satira mengisahkan dua pegawai polis gay.

Pementasan itu berjudul Two Cops in Trouble dan berlangsung di sebuah teater di Caracas sejak 19 Julai lalu.

Pelakonnya, Pedro Wise dan Isaias Ovalle yang dilaporkan memakai pakaian seragam sebenar polis ketika pementasan ditahan kelmarin.

Polis turut menahan pengarah Leonam Torres dan produser Johana Villafranca.

Berdasarkan laporan rasmi yang dibocorkan kepada media Venezuela, keempat-empat lelaki itu cuba mengejek dan memutarbelitkan fungsi sebenar polis.

Gambar mereka bersama isteri isteri masing-masing dan diiringi polis berpakaian preman turut dikongsi di media atas talian.

Peguam yang mewakili empat lelaki berkenaan dalam satu kenyataan berkata, pementasan itu diteruskan hari ini, namun pelakon dikehendaki menggunakan pakaian seragam polis palsu.

Leave a Reply