Input your search keywords and press Enter.

Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Isnin Ini

M update, 15/8/2019 – Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.50 petang waktu Malaysia pada Isnin, 19 Ogos 2019.

Penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini pada pukul 1.10 pagi waktu tempatan atau 6.10 pagi waktu Malaysia.

Penerbangan pulang pertama itu akan membawa seramai 483 jemaah haji Malaysia dan sebanyak 69 penerbangan akan terlibat dalam operasi membawa pulang jemaah itu.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

Jemaah haji yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz melibatkan penerbangan antara 18 Julai hingga 5 Ogos, akan dibawa ke Madinah bermula Jumaat ini (23 Ogos) selepas solat Jumaat.

Semua jemaah haji Malaysia selamat pulang ke Makkah dari Mina pada pukul 10.50 pagi semalam waktu tempatan atau 3.50 petang semalam waktu Malaysia setelah menyelesaikan ibadah melontar jamrah.

Sumber : Bernama

Leave a Reply