Input your search keywords and press Enter.

Nora Anne: Punca Kematian Akibat Kebocoran Usus

M Update, 15/8/2019 – Nora Anne Quoirin, yang ditemukan mati pada Selasa, disahkan meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat ketiadaan makanan dalam tempoh yang lama dan stres berpanjangan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata hasil bedah siasat mendapati Nora Anne, telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai.

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati remaja itu mati akibat kebocoran usus mungkin akibat stres berpanjangan dan tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang,”.

Mayat Nora Anne ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan tempat remaja anak istimewa itu dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk untuk percutian dua minggu dekat sini.

Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula 11.45 pagi semalam dan berlarutan sehingga malam tadi, diketuai pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.

Mengulas lanjut, Mohamad menegaskan setakat ini tiada elemen culik, dan tiada kesan rogol ditemui pada tubuh mangsa.

“Beberapa sampel (tisu) dari tubuh Nora Anne telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut,”.

Sumber : Bernama

Leave a Reply