Input your search keywords and press Enter.

Sanggup Mati Kerana Dadah

M Update, 22/08/2019 – Seorang lelaki warga Kenya telah ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas dipercayai menelan lebih 60 paket kokain sebagai cubaan menyeludup ke negara itu.

AFP yang memetik pihak berkuasa berkata, Glenn Chibasellow Ooko, 43, tiba di lapangan terbang itu dari Ethiopia pada Isnin lalu sebelum ditahan.

Berdasarkan gambar imbasan didedahkan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand, perut lelaki terbabit penuh dengan bungkusan dadah.

“Dia menelan kokain seberat 1.2 kilogram yang dibungkus dalam 68 paket. Ini adalah sebahagian daripada rangkaian dadah di Thailand,” kata mereka dalam kenyataan semalam.

Polis berkata, Ooko ditahan bersama seorang lagi warga Nigeria, Osita Joseph Ukpa yang dipercayai mengupahnya untuk menyeludup dadah berkenaan.

Leave a Reply