Input your search keywords and press Enter.

Kalau Dah Namanya Banduan

M Update, 26/8/2019 – Bukan kita pandang serong kepada bekas banduan. Mereka berhak untuk diterima oleh masyarakat. Tetapi bila perangai lama sukar untuk berubah perlukah masyarakat dipersalahkan?

Terbaru, baharu sahaja dua hari dibebaskan dari Penjara Tapah, seorang bekas banduan ditahan semula, kerana dipercayai melakukan jenayah ragut di Jalan Horley, Pekan Baru Ipoh, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Nordin Abdullah berkata suspek berusia 31 tahun itu, yang baru selesai menjalani hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan berkaitan dadah, ditahan di Jelapang pada pukul 8 malam.

“Dalam kejadian pukul 12.53 tengah, suspek yang dipercayai menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki, menghampiri seorang wanita lalu menarik beg tangannya sehingga mangsa terjatuh dan luka pada siku kiri,”

Mangsa yang membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari tadi memberitahu bag tangan beliau mengandungi wang tunai RM300, dokumen pengenalan diri dan kad bank.

Hasil kerjasama orang awam dan kecekapan pihak polis, bekas banduan itu berjaya ditahan kurang daripada lapan jam dan polis sedang giat mengesan seorang lagi suspek, serta kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

Insiden ragut itu disaksikan dua wartawan yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan menaiki kereta, dan sempat merakamkan gambar kejadian yang jelas menunjukkan jenis dan nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek.

Sumber : Bernama

Leave a Reply