Input your search keywords and press Enter.

AirAsia Tawar Diskaun 20 Peratus Sempena Hari Kebangsaan

M Update, 28/8/2019 – Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20 peratus untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu kenyataan memaklumkan, tempahan berkenaan boleh dibuat melalui laman sesawang AirAsia di airasia.com atau aplikasi mudah alih syarikat berkenaan bermula hari ini sehingga 1 September 2019.

Pembelian tiket itu adalah untuk perjalanan antara 2 September hingga 19 November tahun ini selain turut diberikan penjimatan lima peratus bagi tempahan hotel dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL5 dan 20 peratus untuk pilihan tempat duduk,” katanya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, AirAsia turut melancarkan kempen ‘Perjalanan Anda, Destinasi Kami’ bagi meraikan perpaduan rakyat di negara ini. Kempen berkenaan dimulakan dengan pelancaran ‘Video Bersama’, hasil inspirasi puisi yang dideklamasi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama novelis serta penulis puisi berkenaan, Datuk Seri A Samad Said.

Video berkenaan menggambarkan kehidupan seharian rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat yang berusaha untuk mencorakkan masa depan yang lebih baik. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata kekuatan Malaysia terletak pada rakyat dan kepelbagaiannya.

Tahun ini, kami ingin menunjukkan bahawa kepelbagaian ini adalah kekuatan kita, walaupun kita semua berbeza. Dalam erti kata lain, AirAsia adalah seperti sebuah negara kecil di mana Allstars (kakitangan) daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang berganding bahu untuk memastikan kejayaannya seperti hari ini,” katanya. – BH Online

Leave a Reply