M Update, 5/9/2019 – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di kampus Far Eastern Federal University, di sini, pagi ini.
Pertemuan dua hala Malaysia-India itu turut disertai Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan pegawai kanan kedua-dua negara. Dr Mahathir kemudian akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.
Perdana Menteri tiba di sini semalam, untuk menyertai Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5, atas jemputan Putin, sempena EEF yang berlangsung di kampus Far Eastern Federal University. Ini adalah lawatan kerja pertamanya di Russia sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh. Lawatan rasmi terakhir beliau di Russia adalah pada 2002.
EEF adalah inisiatif Putin pada 2015 bertujuan menyokong pembangunan ekonomi Timur Jauh Russia dan memperluaskan kerjasama antarabangsa di rantau Asia-Pasifik. – BH Online