M Update, 1/10/2019 – Polis antirusuhan melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang berhampiran Parlimen hari ini bagi membantah rang undang-undang baru.
Ribuan penunjuk perasaan yang majoritinya pelajar membantah undang-undang yang didakwa melemahkan agensi antirasuah dan mengharamkan seks luar nikah.
Selepas perjumpaan tertutup hari ini, ahli parlimen bersetuju untuk menangguhkan undian undang-undang baru berkenaan ke penggal baru.
Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan pelajar, aktivis dan anggota kesatuan pekerja yang berarak menuju ke parlimen.
Polis berkata, mereka menembak gas pemedih mata kerana penunjuk perasaan enggan bersurai dan membaling batu, botol dan mercun ke arah anggota antirusuhan.
Menurut media, lebih 20,000 anggota polis dan askar ditempatkan di Jakarta untuk mengawal keadaan.
Kumpulan pelajar turut mengadakan bantahan di Yogyakarta dan Solo.