M Update, 02/10/2019 – Pihak berkuasa Taiwan menemui empat lagi mayat mangsa yang ditimpa jambatan runtuh pagi semalam namun operasi menyelamat masih diteruskan untuk mencari dua lagi mangsa yang hilang.
AFP yang memetik agensi bomba berkata, dua daripada mayat terbabit ditemui di dalam air berhampiran bot nelayan yang tersepit bawah runtuhan manakala dua lagi berada berhampiran bot yang dikeluarkan dari struktur terbabit.
Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat kejadian cemas itu apabila jambatan sepanjang 140 meter berkenaan secara tiba-tiba runtuh di Nanfangao, pantai timur Taiwan.
Struktur itu kemudiannya menghempap beberapa bot nelayan dan sebuah lori tangki yang melalui jambatan terbabit turut terjunam ke dalam air.
Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera termasuk enam warga Filipina dan tiga warga Indonesia dan pemandu lori warga tempatan serta dua pengawal pantai.