M Update, 2/10/2019 – Tiada berlaku kebocoran soalan kertas Bahasa Inggeris Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp hari ini.
Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan bahawa kertas Bahasa Inggeris PT3 akan diulangi pada 10 Oktober ini seperti yang tersebar.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan ketika dihubungi BH, berkata kenyataan yang tersebar itu adalah palsu.
Sebelum ini, satu tangkap layar tersebar di aplikasi WhatsApp memaklumkan bahawa ujian Bahasa Inggeris PT3 bakal diulangi pada tarikh 10 Oktober akibat soalan bocor dari pihak tidak bertanggungjawab.
Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 bermula semalam dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.