Input your search keywords and press Enter.

Dua Bom Tangan Dan Ratusan Butir Peluru Ditemui

M Update, 21/10/2019 – Dua bom tangan dan lebih 600 butir peluru ditemui di stor pili bomba di Pangsapuri Sinar Bukit Dumbar, di sini, malam tadi.

Susulan penahanan seorang suspek pengedar dadah sebelum ini, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang melakukan pemeriksaan di pangsapuri berkenaan. Bagaimanapun, polis menjumpai bahan letupan dan ratusan peluru yang disimpan di dalam stor di tingkat 15 pangsapuri terbabit.

Mengikut sumber, Unit Pemusnah Bom IPK Pulau Pinang bergegas ke lokasi kejadian pada jam 9 malam tadi bagi melakukan pemeriksaan. Setakat ini, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik bahan letupan itu selain mengetahui tujuan ia disimpan di situ.

“Polis turut mengambil keterangan daripada beberapa penduduk berhampiran berhubung penemuan itu,” katanya. Difahamkan satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan. – BH Online

Leave a Reply