Input your search keywords and press Enter.

6 jenis makanan yang mesti cuba di Malaysia

Malaysia terdiri daripada pelbagai etknik dan kaum seperti Melayu, India, Cina dan banyak lagi etnik yang unik. Disebabkan mempunyai pelbagai bangsa, ia memberi pelbagai keistimewaan buat penduduk dan pelancong yang berkunjung di Malaysia.

Ibu negara Malaysia , Kuala Lumpur merupakan pusat tarikan para pelancong dan penduduk Malaysia sendiri kerana di sini para pengunjung boleh menikmati pelbagai aneka juadah makanan yang menarik.

Jom kita tengok 6 jenis makanan yang perlu cuba kalau ada di Malaysia.

Image result for nasi lemak
Nasi Lemak

Nasi Lemak merupakan makana yang paling popular di Malaysia. Nasi lemak adalah kombinasi beras dan santan kemudian diwangikan dengan daun pandan. Bau nasi lemak memang wangi dan ia disediakan bersama timun, kacang, ikan bilis, telur rebus dan sambal. Nasi Lemak boleh dinikmati pada bila-bila waktu sekalipun dan paling banyak dijual pada waktu pagi. Yela, orang malaysia kan tak lekang daripada makan nasi. Nasi lemak ni yang penting sambalnya, kalau sambal nasi lemak tu sedap, memang beratur la orang datang beli.

Image result for roti canai
Roti Canai

Roti canai diperbuat daripada tepung gandum dan tahap kesedapan roti canai itu terletak pada cara terbaran dan kuah roti tersebut. Di Malaysia, kebanyakan gerai yang menyediakan roti canai ialah gerai mamak. Dekat gerai mamak ni lah orang Melayu, India dan Cina suka lepak dan berkumpul. yang paling best sekali, malam minggu masa ada perlawanan bola sepak boleh la tengok ramai berkumpul dan bersorak sambil pakai jersi pasukan bola masing-masing.

Image result for apam balik
Apam Balik

Apam balaik atau dikenali dengan apom balik, murtabak manis dan terang bulan merupakan pencuci mulut yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang mempunyai kilut yang tebal, di dalamnya diletakkan kacang, gula, jagung manis yang dibakar dan kemudian dilipat dua. Kini, apam balik telah diinovasi kepada pelbagai perisa iaitu, coklat, strawberry dan pelbagai rasa. Apam balik sedap dimakan pada waktu panas.

Related image

Nasi Kerabu mempunyai keunikan tersendiri kerana nasinya berwarna biru hasil campuran dengan sejenis bunga. Nasi Kerabu dimakan dengan keropok, telur masin, campuran sayuran, budu, sambal udng kering. Ia boleh dinikmati bersama ikan goreng, daging bakar dan ayam goreng. Nasi Kerabu mudah didapati di Negeri Terengganu, Kelantan dan kini di Kuala Lumpur juga banyak kedai yang menjual makanan unik ini.

Image result for nasi dagang
Nasi Dagang

Nasi Dagang merupakan makanan popular di Malaysia kerana ia campuran beras istimewa bersama beras pulut. Nasi Dagang disediakan bersama acar timun, gulai ikan dan telur rebus. Di kelantan, Nasi Dagangnya bewarna coklat tapi di Terengganu Nasi Dagangnya berwarna putih. Ia sedap dimakan diwaktu pagi.

Related image
Mee Goreng Mamak

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis mee goreng. Ada mee goreng basah dan mee goreng mamak. Mee goreng basah disediakan dalam keadaan mee yang berkuah sedikit. Namun, ramai juga yang suka pada keunikan mee goreng mamak kerana dia dihidangkan bersama sampuran kuih dan dimakan bersama perahan limau nipis. Ia boleh didapai di mana-mana gerai mamak.

Leave a Reply