Input your search keywords and press Enter.

Program Sarapan Percuma : Hanya Untuk Pelajar Tidak Berkemampuan

M Update, 16/1/2020 – Program Sarapan Pagi (PSP) akan diteruskan seperti dijadualkan pada Isnin ini tetapi hanya dikhususkan kepada pelajar tidak berkemampuan saja, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, adalah tidak adil jika bantuan PSP turut diberikan kepada anak golongan kaya kerana mereka mempunyai makanan mencukupi di rumah.

“Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tetapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah banyak pun dapat juga, itu tidak adil.

“Kita akan teruskan yang ada sekarang dan kita akan tambah mereka yang berhak untuk dapat sarapan pagi,” katanya selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ulang Tahun Ke-70 TNB di sini, hari ini.

Pada Ogos tahun lalu, bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan seramai kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Kementerian Pendidikan pada Disember tahun lalu memaklumkan, pelaksanaan PSP fasa pertama 2020 akan bermula 20 Januari ini, membabitkan 100 sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari, yang dianggarkan menelan kos RM22 juta. – BH Online

Leave a Reply