M Update, 29/01/2020 – Gempa bumi bermagnitud 7.7 menggegarkan kepulauan Caribbean, antara Jamaica dan Cuba.
Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada penduduk di ibu kota Cuba, Havana.
Gegaran dirasai sejauh tanah besar Amerika Syarikat, di mana polis di Miami mengosongkan beberapa bangunan sebagai langkah berjaga-jaga.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berkenaan pada kedalaman 10 kilometer pada 2.10 petang waktu tempatan, 125 km dari barat laut Lucea, Jamaica.
Menurut USGS, beberapa jam kemudian, gempa bumi susulan 6.1 magnitud
melanda pula pantai Kepulauan Cayman.
Pada mulanya, Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS memberi amaran terdapat ancaman tsunami 0.3 hingga satu meter di Jamaica, Belize, Cuba, Honduras, Mexico dan Kepulauan Cayman.
Namun, amaran berkenaan dikemas kini dua jam kemudian.
Lapor laman web rasmi Cubadebate, gempa pertama dan lebih kuat merebak beberapa bangunan tinggi di Havana yang perlu dipindah dan diselamatkan segera.
Gegaran berkenaan dirasai di beberapa wilayah termasuk Guantanamo dan timur Santiago de Cuba, Cienfuegos dan barat laut Havana.
Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan awal.
Penduduk di Kingston Jawara Rawjers berkata, dia menyedari berlaku gempa apabila rumahnya bergegar.
“Gegaran itu dirasai antara 20 saat. Saya lihat jam, ia berlaku sekitar 2.12 petang,” katanya.