Input your search keywords and press Enter.

Taman Tema MAPS Ditutup

M Update, 29/1/2020 – Selepas beberapa berita mengenainya disiarkan media, taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini akhirnya ditutup bermula semalam.

Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.

Pada 4 Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.

Leave a Reply