Input your search keywords and press Enter.

Bekalan Makanan Mencukupi Sepanjang Ramadan

M Update, 24/4/2020 – Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan dijamin mencukupi sekali gus boleh menampung keperluan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan turut memberi jaminan bahawa bekalan barang basah seperti sayur-sayuran, daging dan ayam, telur juga lebih daripada mencukupi.

“Semalam penguat kuasa KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) membuat pemantauan harian membabitkan 25 jenis bekalan di 970 pemeriksaan premis perniagaan termasuk 753 peruncit, 168 pemborong dan 31 pengilang.

“Secara keseluruhannya, bekalan barang keperluan mencukupi dan boleh menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh, …begitu juga dengan barang makanan basah.

“Oleh itu, saya menasihati kepada semua supaya tidak perlu bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sempena Ramadan ini kerana ia dijamin mencukupi,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harian, di sini hari ini.

Leave a Reply