M Update, 14/02/2020 – Jepun mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan COVID-19 di negara itu.
Menteri Kesihatan, Katsunobu Kato berkata mangsa merupakan wanita berusia 80-an yang telah dirawat di hospital sejak 1 Februari.
Mangsa pada awalnya didiagnosis menghidap pneumonia namun disahkan menghidap COVID-19 setelah kematiannya.
Pihak berkuasa kesihatan kini menyiasat bagaimana mangsa mendapat virus tersebut, termasuk jangkitan antara manusia.Mangsa dilaporkan tiada rekod pernah mengunjungi Wuhan atau kontak dengan pengunjung China.
Namun, media tempatan mendakwa wanita itu, seorang penduduk wilayah Kanagawa dekat Tokyo, dipercayai ibu mentua kepada pemandu teksi yang baru saja disahkan menghidap jangkitan itu.Setakat ini, Jepun mengesahkan 247 jangkitan termasuk 218 kes dari sebuah kapal persiaran yang kini dikuarantin di pelabuhan di Yokohama.