Input your search keywords and press Enter.

MPM : Keputusan STPM 25 Februari

M Update, 18/2/2020 – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12 tengah hari.

Calon persendirian pula akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888.

Mereka juga boleh membuat semakan secara dalam talian dengan melayari portal MPM di alamat http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

Seramai 44,823 calon menduduki peperiksaan STPM 2019 di 652 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 44,501 atau 99.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta (167), calon persendirian (128) dan 27 calon sekolah kerajaan negeri. – BH Online

Leave a Reply