Input your search keywords and press Enter.

Aidilfitri – Tiket Bas Habis Dijual

M Update, 22/03/2024 – Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh dua jam – Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.

Tiket yang terjual itu melibatkan 1,186 perjalanan bagi tempoh 4 hingga 9 April 2024 dan (untuk tempoh dua minggu iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas Aidilfitri). Sebanyak 88 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu akan bergerak setiap hari.

Kesemua pengusaha bas ekspres di negeri Pantai Timur bersetuju untuk menaikkan harga tambang bas kelas eksekutif kepada RM75 berbanding harga subsidi RM44. 

Kos pembelian bas serta alat ganti yang terlalu tinggi menyebabkan pengusaha terpaksa menarik balik subsidi yang diberikan kepada penumpang selama ini.