M Update, 19/3/2020 – Just stay at home. Demikian nasihat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.
“Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini InsyAllah dapat dibendung.
“Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampun, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah.
“Stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga),” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen semalam.