Input your search keywords and press Enter.

Pelaksanaan Solat Tarawih, Tunggu Pengumuman Mengenai PKP – Dr Zulkifli

M Update, 3/4/2020 – Keputusan mengenai pelaksanaan solat Tarawih bulan Ramadan tahun ini bergantung sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) dilanjutkan atau tidak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Sama ada PKP yang ketiga ada atau tidak, itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan selepas itu kita akan membuat satu kenyataan berkenaan solat Tarawih dan kita akan melihat yang terbaik dalam isu ini,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira seminggu selepas PKP fasa kedua tamat iaitu pada 14 April ini, katanya selepas menyaksikan pembayaran zakat perniagaan RM2.67 juta oleh Bank Rakyat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan. Pada majlis yang sama, Zulkifli turut menerima sumbangan Tabung Musa’adah COVID-19 sebanyak RM1.5 juta dari Bank Rakyat bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan wabak itu.- BERNAMA

Leave a Reply