Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Belum Putus Status Bazar Ramadan

M Update, 2/4/2020 – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung kebenaran operasi bazar Ramadan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu akan dipertimbangkan mesyuarat selepas mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan. Katanya, pada masa ini keputusan kerajaan negeri dan mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah cadangan dan pandangan mereka sendiri.

“Keputusan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL mengenai bazar dan pasar Ramadan adalah pandangan dan cadangan mereka. Tiada perbincangan dengan pihak kami atau penubuhan mana-mana jawatankuasa khas mengenainya.

“Belum ada perbincangan, terima kasih kepada Kementerian Wilayah dan DBKL atas cadangan itu mungkin mereka sudah melihat perkara itu dengan terperinci , baik dan buruk sebelum memutuskannya,” katanya pada sidang media khas selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply