Input your search keywords and press Enter.

Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Selagi PKP Diteruskan

M Update, 3/4/2020 – Penganjuran semua bazar Ramadan tidak akan dibenarkan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan bagi menghalang penularan wabak COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pendirian itu diputuskan kerajaan melalui mesyuarat berlangsung hari ini, bagi memastikan kes jangkitan COVID-19 berupaya dikawal sepenuhnya.

Selain itu, beliau berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pasca PKP sekiranya perintah kawalan berkenaan ditamatkan dalam tempoh terdekat.

“Maka, soal sama ada bazar Ramadan dapat dilaksanakan atau tidak, ia akan ditentukan kemudian (menerusi SOP baharu dikeluarkan MKN). Selagi PKP fasa dua diteruskan, bazar Ramadan tidak akan dibenarkan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply