Input your search keywords and press Enter.

Caj Pengeluaran RM1 Di Mesin MEPS Dikecualikan Mulai Isnin

M Update, 3/4/2020 – Kerajaan akan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS), berkuat kuasa Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu menjelaskan bahawa langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran menerusi kaunter juruwang.

“Oleh itu, kerajaan memutuskan semua institusi perbankan dan ‘paynet’, akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS, berkuat kuasa 6 April ini hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini akan memberikan ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menggunakan mesin ATM yang disediakan, tanpa mereka perlu berpusu-pusu ke bank semata-mata hendak mengeluarkan wang,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Sumber : BH Online

Leave a Reply