Input your search keywords and press Enter.

Sepang, Kota Samarahan Dikategorikan Sebagai Zon Merah

M Update, 8/4/2020 – Sepang, Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak kini dikategorikan sebagai kawasan zon merah penularan COVID-19.

Pertambahan dua daerah itu menjadikan jumlah keseluruhan zon merah di Malaysia yang mencatatkan kes wabak itu dengan jumlah yang tinggi adalah sebanyak 23 kawasan.

Infografik yang dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan, menyatakan sehingga jam 12 tengah hari semalam, Sepang mencatatkan 45 kes, manakala Kota Samarahan sebanyak 42 kes.

Sesebuah kawasan boleh dikategorikan sebagai zon merah apabila ia merekodkan lebih 41 kes COVID-19.

Semalam, sebanyak tiga kawasan baharu dikategorikan sebagai zon merah iaitu Putrajaya; Jasin, Melaka dan Rembau, Negeri Sembilan.

Leave a Reply