Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Tempatan Jangan Jadi Tali Barut PATI!

Gambar Hiasan

M Update, 27/4/2020 – Polis Kedah minta rakyat tempatan berhenti menjadi ‘tali barut’ sehingga membolehkan pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya mengenal pasti banyak ‘lorong tikus’ di sempadan Thailand selain di Langkawi, Kubang Pasu dan Alor Setar sama ada membabitkan penyeludupan manusia atau barangan.

Gambar Hiasan

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan kerjasama orang ramai terutama masyarakat berdekatan supaya menyalurkan maklumat berkaitan penyeludupan terutamanya PATI.

“Sama ada membabitkan pendaratan di perairan laut atau jalan darat, kita minta semua pihak membantu menangani masalah ini dan terus berlarutan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini.

Zainuddin berkata, selepas tangkapan membabitkan etnik Rohingya pada awal bulan ini di perairan Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempertingkatkan kawalan di perairan negara bagi mengekang kemasukan pendatang asing ke negara ini. – BH Online

Leave a Reply