Input your search keywords and press Enter.

SOP Solat Tarawih Akan Dibincangkan Hari Ini

M Update, 30/4/2020 – Kerajaan akan membuat keputusan berhubung kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu seperti penjarakan satu meter, melalui perbincangan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP berhubung amalan ibadah seperti solat tarawih dan solat Jumaat akan dibincangkan melalui mesyuarat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP.

“Menteri berkaitan agama akan terbabit dalam mesyuarat ini. Banyak SOP akan dibincang kerana ramai orang bertanya tak boleh ke solat tarawih berdasarkan SOP, duduk satu meter di masjid dan sebagainya dan pelbagai soalan lagi.

“Kita minta menteri berkaitan agama tampil dengan SOP dalam menentukan apakah solat Jumaat dan tarawih dibenarkan dengan penjarakan satu meter,” katanya melalui sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, semalam

Beliau berkata, kerajaan sememangnya memberi beberapa kelonggaran dalam fasa keempat PKP namun ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga memperhalusi cadangan SOP pembayaran zakat bagi warga emas yang tidak tahu menggunakan kaedah dalam talian melalui mesyuarat sama. – BH Online

Leave a Reply